Archive for August, 2006

Sya’aban Month now….

Monday, August 28th, 2006

Assalamu’alaikum pembaca blog ana sekalian…

       Pada hari Sabtu lepas, Unit Perumahan Pelajar telah mengadakan larian kemerdekaan. Macam biasa pelajar tahun 1 diPAKSA mendaftarkan diri untuk berlari. Ana nak x nak kene gi gak coz nak amik kehadiran kokurikulum. Jgn tny r ana dpt no. berapa…susah nk jwb.

       Naib Canselor telah pun digantikan dengan yg bru pd hari ahad lepas. Ana harap beliau dpat mejlnkn tugas dengan tekun dan amanah dan dapat meluluskan sebanyak mungkin program yg berunsurkan KEISLAMAN dan mengurangkan program MAKSIAT yg berleluasa di UKM ni.

       Malam ni, ade pertandingan meghias dekorasi foyer anjuran sape x tau. ade gak tolong sket-sket sampai 3 pg. sekurang-kurang ade gak sumbgn mase kemerdekaan ni. Tgk  r  kolej mana yg menang mlm ni.

       Berita Tergempar : bilik ISIUKM telah diceroboh pd hari Ahad oleh puak-puak yg tidak dpt dikenalpasti. Lebih memeranjatkan lagi apabila didapati yg hilang HANYALAH FAIL-FAIL LUJNAH SAHAJA. ana agak ni mesti ade org yg menganggap bhw ISIUKM adalah salah satu dari ANAK-ANAK DIDIKAN PEMBANGKANG. Ana memang TAK REDHA sape yg wat ni.

       Sedar x sedar kita dah masuk bulan sya’ban. dengan kata lain, insya-ALLAH kita akan berpuasa bulan dpn. Marilah kita bersiap sedia menghadapi ujian yg akan kita lalui kelak. yg berpuasa sunat, Alhamdulillah, ana pun sekarang byk berpuasa pd hari Isnin dan Khamis.

ok lah , takat sini je. byk lagi nak taip tp malaslah.
Assalamu’alaikum..

tensionnye…

Tuesday, August 22nd, 2006

Assalamu’alaikum khas wat pembaca blog ana sekalian…..

       1stly hari rabu hari tu, komputer ana ni ade masalah….x detect internet…check punye check….rupenye komputer ana wat sial….dah kene format balik.. x sampai sebulan pun guna..sedih sgt….( tp x de r sampai nangis-nangis)…alhamdulillah hari Ahad masalah ni dapt diselesaikan….thankz to Saudara Husaini becoz helpz meez ( brp byk z da..)

       Game yg ana selalu main tu ( tgk background belakang profil ana) dah smpai level 46….lama lg tu sebenarnye…hari sab2 dapt leveling 2 kali coz ana join party ngan another player( org puteh la lakz). So pd sesiapa yg berhasrat nak join game ni( promosi la lakz )….jgn segan-segan tny ana. insya-ALLAH ana akan bgtau….

       Kepada sesiapa yg telah mendapat biasiswa JPA tu, ana ucapkan tahniah. Gunalah WANG RAKYAT( bukan wang kerajaan sebenarnye )ke arah yg mampu merealisasikan tema ‘MEMBANGUN BERSAMA ISLAM’. kepada yg tak berjaya ( sape tue? )jgn sedih sgt…Carilah peluang-peluang lain yg sedia ada. Ana dengar ade biasiswa Samsung….mintaklah, isi sebelum 31 Ogos ni. ( sebenarnye nak tolong …..).

       Ana telah terlibat ngan program usrah kat sini….bawah ISIUKM. Alhamdulillah, dpt jua ana berada di dlm lingkungan KEILMUAN ISLAM di UKM ni. Masjid tu ade program kuliah tp jauh sgtla…(  tu la, lain kali doa la kolej antum dekat ngan masjid ). So, kepada sume pelajar ISLAM, plz ( merayu ni ) join usrah kalau ade. Apalah sangat masa sejam dua tu kita menambahkan ilmu FARDHU ‘AIN yg tak lengkap dalam kehidupan kita seharian berbanding 24 jam yg ALLAH beri kepada kita ( Insya-ALLAH )

       21hb Ogos…ape yg antum fikirkan sekrang?  SITI KAWIN?  ANA BERTUNANG? HARI JADI? tp hampir sume di kalangan kita lupa bahkan x tau yg tarikh ini adalah tarikh di mana MASJIDIL AQSA dibakar oleh seorang pelampau YAHUDI berbangsa Swithzealand ( sori, salah eja ). ISRAEL telah berpura-pura membuat dakwaan terhadap SI LAKNAT ni tp akhirnya diBEBASkan oleh ISRAEL kerana disahkan ‘gila’ . OIC juga telah ditubuhkan kesan dari perbuatan ini. Namun, peranannye sampai sekarang? Fikir Sendiri la….tepuk dada tny IMAN.

       ISRA’ dan MKRAJ tiba jua. Ikutilah program-program yg telah dianjurkan sama ada oleh Pihak Masjid, Kolej mahupun Aspirasi ( jgn harap diorang nak wat ).Hayatilah makna tersirat dalm peristiwa tersebut…..

      Panjang kali ni raseye…..takat ni je la….
Assalamu’alaikum……

Konvo Week..

Tuesday, August 15th, 2006

Assalamu’alaikum pembaca blog ana sekalian….

       Pesta konvokesyen berjalan dalam keadaan yg bercmpur baur……kejap pc fair, pas2 festival ilmu, dah tu konsert 60-an, nasyid pulak,dan bermacam-macam lagi. Setakat ni ana adela menyibuk di tempat-tempat cam2 tp konsert 60-an tu x gi r. Malangnye nasyid pun x gi coz x de kenderaan, team feveret ana lakz tu ( In-Team ke? ).

       Hari Jumaat lepas, UKM wat demonstrasi(di dah langgar AUKU ni! ) menentang keganasan Israel. Ana rase pelik coz 1stly kerajaan x bagi demonstrasi coz katenye( sape tue? ) menghalang lalulintas, mengganggu org ramai dan lain-lain. Tp kalau diluluskan oleh puak-puak tertentu di UKM dan kerajaan, boleh plak diadakan. Nampak sgt berat sebelahnya.

       Tp nasihat ana, demostrasi, demostrasi jugak tp kalau setakat meluahkan perasaan dgn air liur semata-mata tidak berkesan sama sekali. Ketahuilah bahawa cara mudah nak menentang Israel ialah dgn cara ekonomi iaitu memboikot brg yg dikenal pasti menyumbang ke arah pembangunan Israel. Ama mendapat tau bhw rata-rata yv pergi tu adalah pelajar thn 1. bukannye pe nak dpt merit stay kolej thn dpn. tu je…..

       Semakin hari, kalau ade risalah yg tidak disahkan oleh kerajaan, makin best utk dibaca ( pasal tu la UKM x bg ), ana terperasan yg maklumat-maklumat yg sebegini sebenarnye lebih tepat berbanding risalah yg diluluskan. Rase nak join diorang lakz ( kalau kantoi free-free je buang kolej)..

       Kelas bahasa Mandarin pun start Rabu lepas. Agak AZAB jugakla belajarnye..terbelit lidah menyebutnye…tp x pe, ilmu ALLAH itu jika bersungguh-sungguh, Insya-ALLAH akan berjaya. bak kat pak Arab:
                        ( dah lupe lakz )

       ok lah, takat sini je kot….tunggu la minggu depan
Assalamua’alaikum….

tajuk?

Monday, August 7th, 2006

Assalamualaikum…

       Alhamdulillah, team nasyid ana( insya ALLAH kekal sampai bila-bila ) berjaya mewakili kolej Ibrahim Yaakub walaupun banyak mehnah dan tribulasi ( alamak!!, ni stail kisas ni !! )yang ana dan kami hadapi ( masalah bas ), dapatlah saguhati ( coz latih last-last minit ) terima kasih kepada senior-senior kami ( diorang pun join gak ) dan sahabat-sahabat ana sekalian.

       Foyer kat KIY tu pulak tiap-tiap malam x cite lain…AF je ( nak termuntah ana )..dah nasib, budaya hendonisme yg dipupuk oleh mak bapak diorang apatah lagi dengan galakan dan sokongan dari puak-puak tertentu di negara ini. harap antum semua dapat mengurangkan ( bukan mengelakkan ) budaya  berhibur coz tiada kebaikan pada diri kita ni…..ingatlah tujuan kita hidup di muka bumi ALLAh ni adalah untuk menjadi KHALIFAH ALLAH..

       erm..dah lama x contact budak ( budak? ) TA7 kat matrix dulu( yg ana x contact diorang psl pe? )…x de r rindu ( tp ade r SESEORANG ), tp walau ape pun kita berada ukhwah fillah antara kita tetap berkekalan ( kecuali 2 org tu la )….

       erm( brp kali dah ni )… pendek pulak blog ana minggu ni…sebenarnye ade bnyk cite kat sini…owh baru igt, minggu ni ade konvo utk lepasan UKM, tp aku x gi r( bukan aku yg graduan )…susah sket coz jln kaki….x pe, untuk ana insya-ALLAH akan tiba…

Ok lah takat ni je….
Assalamualaikum…..

tak de tajuk yg sesuai

Tuesday, August 1st, 2006

Assalamulaikum pembaca blog ana(
masih stail madid ngan kisas) sekalian….

       Alhamdulillah kita telah memasuki bulan
Ogos, bermakna telah sebulan ana berada di UKM ni dan 3 bulan juga ana telah
berpisah ngan……..( antum rase sape?). kita juga telah memasuki bulan Rejab.
Ana nak peringatkan bahawa hadith-hadith mengenai kelebihan amal bulan Rejab
adalah HADITH MAUDU’ semata-mata. Oleh itu,JANGAN SESEKALI menggunakan
dalil-dalil ni untuk mengajak orang ramai melakukan  ibadah  pada
bulan Rejab ini terutamanya  ibadah  puasa. ( tak mengapa kalau
untuk amalan diri sendiri…)

       Alhamdulillah juga persembahan nasyid bersama team ana berjalan ngan lancar walaupun agak lagho ( memang lagho pun ) coz ade tarian.. sedih sangat….tp yg menari pun budak( budak? ) yg ntah ape-ape. aku harap pembaca sekalian x de la nak join tarian selepas ni….dah tu baca doa lakz tu…nak memohon keberkatan ( kononnye). Umpama Tok Imam membaca doa selamat untuk para atlet renang wanita, macam tu kiranya kalau program yg terisi ngan aktiviti yg lagho..

       Insya-ALLAH bersama team nasyid ana akan mewakili kolej Ibrahim Yaakub untuk bertanding pertandingan nasyid antara kolej pada hari jumaat ni. Doakanlah kejayaan kami..AMIIN

       Kat sini ade beberapa risalah yg disebarkan oleh ISLAM PENYELAMAT UMMAH ( IPUKM ) mengandungi beberapa isu-isu semasa negara. Malangnya, oleh kerana tiada cop dari pihak universiti, aktiviti mereka dikatakan SALAH bahkan menyimpankannya adalah satu kesalahan. Mereka juga telah dicop eksterimis oleh puak-puak tertentu di UKM ni. Yang betul hanyalah risalah yang dikeluarkan oleh ANSPIRASI walaupun ade waktunye bercanggah ngan akidah dan syariat. Tapi jikalau ade geng IPUKM yg membaca blog ana ni ( ade ke? ), hentikanlah menyebarkan risalah antum secara sembunyi. Letakkan saja kat masjid. Insya-ALLAH, habis juga risalah antum tu.

      

Erm, rase masih lagi nak cite pasal JAKSA kat sini. Mereka tidak memberikan contoh yg baik kpd pelajar 1st year. Couple la ( kat depan surau lakz tu ), dan ade yg kalau ana taipkan kat sini mesti antum x percaya. Nasihat ana, kalau antum nk jd pembimbing 1st year thn dpn, nilaikan diri antum dahulu…

       Ok lah, takat sini je…tunggu minggu depan ek?