Archive for March, 2007

Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Saturday, March 31st, 2007

Islam datang sebagai satu cara hidup yang dapat menyelesaikan semua permasalahan manusia. Islam datang dengan makna-makna umum (garis global) yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Islam melihat manusia dalam sifatnya sebagai manusia dan tidak terikat dengan waktu, tempat dan keadaan. Dari makna-makna umum inilah seseorang mujtahid akan menjelaskan dengan lebih terperinci hukum-hukum tertentu. Syariat Islam meliputi seluruh perbuatan manusia; oleh itu, wajib bagi setiap muslimin untuk mengaitkan seluruh perbuatannya dengan hukum syarak serta tidak melakukan sesuatu perbuatan kecuali jika ia sesuai dengan perintah dan larangan Allah SWT.

Merayakan Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, begitu juga halnya para sahabat yang mulia, para tabi’in, para tabi’it tabi’in tidak pernah menyambut hari keputeraan junjungan besar SAW. Kegiatan berbentuk perayaan ini muncul di masa berikutnya, iaitu ketika waktu Fathimiyyin di Mesir yang sangat jauh masanya dari zaman Rasulullah. Dari sini, persoalan mengenai hukum menyambut perayaan ini mula timbul - apakah perbuatan ini termasuk bid’ah atau tasyabbuh (meniru orang kafir) ataupun ianya adalah merupakan satu ibadah?

Sabda Rasulullah SAW:-

"Barangsiapa yang membuat sesuatu tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut ditolak"(HR Bukhari- Muslim)

Ini memberikan makna bid’ah yakni sesuatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah SWT tapi tanpa didasari oleh dalil syara’. Agar ibadah dikatakan benar, maka wajib disandarkan kepada sesuatu yang diperintahkan oleh Allah. Sekiranya seseorang muslim hanya berniat taat dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal ini disebut bid’ah. Adapun ada segolongan ulama’ yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid’ah hasanah maka perbuatan ini haruslah diletakkan dalam larangan hadis diatas yang bersifat komprehensif atau hadis-hadis yang serupa seperti sabda Rasulullah SAW:

"Setiap perbuatan bid’ah itu sesat" (HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad dll)

( Imam As-Syaukani - Nailul Athar Jilid 2, Hal. 89)

Dalam hal ini, kita kembalikan pertanyaan tersebut kepada orang-orang yang merayakan Maulidur Rasul. Adakah mereka melakukannya dengan niat ibadah atau tidak?

Jika kita benar-benar mengamati sambutan Maulidur Rasul yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan sampai kepada kesimpulan bahawa peringatan ini dilakukan sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani merayakan hari Krismas bagi Isa a.s. Kebiasaan ini membangkitkan keghairahan/ semangat kaum muslimin dimasa kemunduran sehingga mereka berkata:-

"Nabi Muhammad SAW lebih utama dari Isa a.s. Mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad SAW?"

Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah terjerumus kedalam perbuatan yang haram. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Diantaranya:-

"Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai bangsa lain"

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka" (HR Ahmad dan Muslim)

Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi berkata:-

"Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya"

Diantara kebiasaan kaum muslimin yang dilakukan pada perayaan Maulid adalah keluar secara berombongan dan menghias jalan atau rumah atau pejabat. Apa yang dilakukan oleh kaum Nasrani pada hari Krismas maka kaum muslimin pun mengikutinya. Ini termasuk menyerupai kaum kafir dan adalah merupakan perbuatan yang haram.

Sekiranya umat Islam ingin memuliakan Rasulullah SAW maka hendaklah ia dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Secara ringkasnya, terdapat 3 cara untuk kita memuliakan Rasulullah SAW:

1) Memuliakan Nabi dengan mengikuti Sunnahnya ( Al-Imran : 31′ Al-Ahzab : 21)

2) Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh kepada ajaran-ajarannya.

‘Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepadanya nescaya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku’

3) Memuliakan Rasul dengan cara membaca selawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid (12 Rabiul Awal)

Umat Islam dizaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam menjalankan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid’ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya :

"Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka nabi pun menjawab agar dibacakan selawat :-

(tolong isikan ARABICnya)

Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul setiap masa dan ini terpulanglah kepada pembaca untuk mencarinya. Yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syarak yang telah ditetapkan. Kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syarak dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid membabi buta tanpa mendapat penjelasan dalil-dalilnya. Keadaan menjadi lebih parah apabila kita perhatikan realiti bahawa Islam kini wujud hanyalah sekadar memuaskan kehendak kerohanian umat tanpa kesedaran bahawa ia sebenarnya turun sebagai penyelesaian kepada seluruh permasalahan manusia.

Berbalik kepada persoalan perayaan Maulidur Rasul. Dari penjelasan sebelumnya, dapat kita simpulkan bahawa:-

  1. Apabila fatwa membenarkan perayaan ini didasarkan kepada dalil, maka tidak ada yang perlu dipermasalahkan lagi. Namun begitu sekiranya kebolehan merayakan Maulid ini dipengaruhi oleh kebiasaan orang-orang kafir maka ini adalah haram.
  2. Jika mereka melakukan atau memfatwakan boleh dengan alasan hal ini dianggap baik, maka tindakan mereka termasuk bid’ah dan telah melakukan dosa.
  3. Sedangkan sekiranya ia dilakukan bersandar kepada nas syara’ dan berdasarkan ijtihad yang benar, maka perbuatannya termasuk umumnya ayat:

"berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (Al Ahzab :56)

Pelajar Sekolah Agama Memang Pelik!!

Monday, March 26th, 2007

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha mengasihani..

       Setelah lama ana menyimpan kata-kata di dalam hati ana nih, akhirnya ana ingat ana nak luahkan pada hari ini.

       Adapun untuk pengetahuan antum sekalian, ana telah bersekolah agama selama 5 thn. 3 thn kat idrisiah and 2 thn kat klang. tp selepas ana mengakhirkan pelajaran ana yg terakhir di kisas, ana telah membuat keputusan utk belajar di matrik kpm bukan kat uia.

       sesungguhnya ana memilih matrix kpm adalah untuk merasai suasana sebenar keadaan di malaysia selepas dikurung dalam suasana islamik. akhirnya pd akhir penggal sem 2 kat kmpk, ana membuat kesimpulan : pelajar sekolah agama memang pelik!!

       sebab ape ana wat kesimpulan camni? kita adalah pelajar sekolah agama. so kitalah diharapkan utk merealisasikan tema "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM". tp kalau kita sendiri hancur. nak harapkan sape lagi?

       1stly ana terperasan  dari segi pakaian. mase sekolah dulu pakaian memang sejuk mata memandang, tp masuk je matrik dah lain. x caya? tgk gambar, mase sekolah ngan mase kat matrix, terutama pelajar perempuan. macam dah x rupe pelajar sekolah agama. ape hukum perempuan pakai seluar jeans? ape hukum lelaki memakai seluar pendek? perlu ke ana jawab? dah lupe hukum hakam sampai…entah lah..susah nak cakap..

       2nd, dari segi attitude. ni paling masalah besar. attitude kita terubah tanpa disedari. x tau la kenapa leh jadik cam2. kita seolah-olah tiada jati diri, x ubah cam lalang. kita dulu solat berjemaah (walaupun lewat subuh). kita nasihatkan rakan-rakan kita tp kita balik yg perangai ntah hape-hape.

       3rd. kapel. ana sendri mengakui sedang berkapel(ye ke?) tp ana terperasan rakan-rakan ana dari sekolah agama macam dh lupe dunia. ye la, mase sekolah dulu mane terfikir bende cam2. masuk je u, matrik, abis. ade kes sampai merendek kat hotel. ape kes? di mana sahsiah kita sebagai sekolah agama? fikir sendiri la..

       Akhir kata dari ana, kepada sume pelajar sekolah agama, di mana pun kita berada, plz jgn lupe asal-usul kita dulu, amalkan ilmu kita, jaga sahsiah kita dan jgn sesekali menjatuhkan kredibiliti kita sebagai pelajar sekolah agama.

      ana mengucapkan tahniah wat mereka yg berjaya mengekalkan identiti mereka sebagai pelajar sekolah agama( ana pun x dpt wat cam2). ana mendoakan diri ana dan diri antum agar ditetapkan amal dan ilmu yg kita amalkan.

sekian…

Assalamu’alaikum..

      

lama r x wat blog

Saturday, March 10th, 2007

Dengan Nama ALLAH yg maha Pemurah lagi maha Mengasihani…

       Adapun ana(RINDU pulak kat insan tersayang kat UUM) di sini dalam keadaan sihat lagi sejahtera. Maka ana mendoakan antum(termasuklah insan tersayang) juga berada dalam makrifah ALLAH S.W.T agar mampu melaksanakan segala titah perintah pemilik alam semesta ini. Dan ana di sini mendoakan agar insan  yg ana benci selama ni (TA7)mendapat taufik ALLAH S.W.T agar menjadi insan solehah teladan zaman….

       Syahdan, telahlah kami di sini fakulti ekonomi dan perniagaan sedang menghadapi salah satu ujian ciptaan manusia iaitu peperiksaan pertengahan semester. Adapun diri ana ini, dalam minggu ini telah menghadiri dan menduduki beberapa peperiksaan seperti Perakaunan Awalan II, Pengantar Pengurusan, Matematik Untuk Pengurusan. Dan dijadualkan oleh fakulti bahawa pada Hari Isnin ini ana akan menduduki peperiksaan Pengantar Pemasaran. Maka ana selaku hamba ALLAH yang hina ini berdoa agar diri dan sahabat ana dapat menduduki peperiksaan dengan jayanya..

       Adapun pada minggu ini, pelajar jurusan pentadbiran perniagaan akan membuat pemilihan untuk membuat pengkhususan pada tahun dua nanti. Ana menyarankan antum sekalian untuk melakukan solat istikharah agar keputusan yg antum buat sekarang adalah bernilai di masa hadapan. Insya-ALLAH.

       Syahdan, maka ana sudahlah ketidaaan rajin untuk meneruskan penaipan ana pada blog ini. Maka ana merasakan  cukuplah setakat ini buat penghayatan antum sekalian.

      Maka sesungguhnya, apa yang baik itu datang dari ALLAH, dan apa yang buruk sesungguhnya datang dari ALLAH jualah, namun disandarkan kepada ana selaku hamba yg hina…

Assalamu’alaikum…