Archive for May, 2007

Tamat Semester Dua

Thursday, May 3rd, 2007

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.        Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan setinggi kesyukuran kita kepada pemilik alam semesta ya’ni Allah yg membenarkan kita menhirup udaranya setiap saat walaupun setiap saat itu jugalah kita membuat maksiat kepada Allah ( Na’uzubillah)

       Syahdan, maka ana pada pd tarikh 3 April 2007 jam 3 ptg telah menamatkan kertas peperiksaan akhir semester ana iaitu Perakaunan Awalan 2. Maka menurut perkhabarannya, Universiti Utara Malaysia baru sahaja memulakan peperiksaan mereka. Dan ana juga di sini berdoa akan antum sekalian membuat yang terbaik untuk peperiksaan akhir semester ini.

       Insya-Allah ana akan pulang bercuti pada esok pagi. Nasihat ana kepada sahabat ana, gunakanlah masa yang ada dengan sebaik  mungkin. Jangan sia-siakan masa yang ada seperti mana yang dilafazkan oleh Al-fadhil Dr. Yusuf Al-Qaradawi: Masa adalah kehidupan.

      Buat sahabat-sahabat ana yang mengambil subjek pada semester tiga ini, ana mengucapkan selamat maju jaya kepada antum sekalian. tuntulah ilmu sehabis mungkin.

      Maka ana rasa cukuplah setakat ini buat paparan antum sekalian. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari Allah jua tetapi disandarkan kepada ana selaku hamba yang hina…Sekian.

Assalamu’alaikum….