Archive for October, 2007

Selamat Menduduki peperiksaan akhir semester..

Wednesday, October 31st, 2007

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Alhamdulillah kita telah pun menyambut hari raya Aidilfitri dengan selayaknya. maka adakah kita tertanya-tanya di dalam hati kita apakah kita masih sempat menyambut ramadhan yang akan datang? fikir2kanlah..

adapun ana di UKM ni sedang menghadapi peperiksaan akhir semester bermula pada 29/10 hingga 22/11. pada kesempatan ini ana mengucapkan Selamat Menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa/i seluruh IPTA/S agar dapat menjwb dgn tenang dan tabah hendaknya..

ingtlah yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita adalah ALLAH, dan bukannya atas usaha kita. seperti yang telah antum pelajari (kecuali kalau antum lupe) kita berusaha tetapi Allah yang menentukan.

akhir kata dari ana, jaga diri elok2. jaga makan, mulut dan lain-lain yang akan menyebebkan kita dihijab Allah kelak.

Sekian.

Pilihan Raya Kampus

Wednesday, October 3rd, 2007

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

    Pertama-tamanya marilah kita bersyukur kepada Allah atas segala rahmatNya dapat lagi kita hidup di bulan ramadhan kali ini.

    Ana mengucapkan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa Univerisiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)kerana memperoleh empat kerusi iaitu iaitu di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan. Juga ucapan tahniah wat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atas kemenangan yang sekali gus akan memeningkan seluruh kerajaan Malaysia nanti..

    Politik kampus semua universiti memang mengecewakan. Senang kata kelab aspirah si yang didokong oleh sume orang dari peringkat universiti hingga ke peringkat kementerian. menurut flyers JPPK edisi 8, KPT telah memperuntukkan RM30, 000 duit rakyat semata-mata untuk memenangkan puak-puak ini. Ana akan menuntut hal ini di akhirat kelak jika benar kerana menyalahgunakan duit rakyat.

    Kelab aspirah si memang kaki samseng, ana rase sume IPTA cam2. Tp biasalah sape nak ngaku, sebaliknya Pro-mahasiswa yang dituduh samseng. GMUKM yang dituduh dapat duit dari parti pembangkang walaupun hakikatnya x de pun. Aspirah si lah yang dapat duit dari KPT hasil penyalah gunaan kuasa.

    Biasalah, pelajar thn satu menjadi buruh paksaan dalam kempen memenangkan kelab Aspirah si ni. orang yang masih mentah dalam bidang politik kampus menjadi medan taruhan politik kampus. kesian ana tengok diorunk tu. ana berdoa agar mereka dapat berfikir dengan waras pada tahun dua nanti…

    Ana dengar masih ade kolej yang mengugut pelajar untuk buang kolej. kalu x silap Kolej Ungku Omar. Nasib baik pengetua KIY ni bersifat matang, tp ana rase kelab aspirah si peduli ape. janji perangai samseng diorunk diketahui umum.

    KIY ade 7 pencalonan. 5 dari GMUKM dan 2 dari Aspirasi. dan Blok ana memang mantap. ade 3 orang pencalonan dari GMUKM. tersedak budak aspirasi. tp last-lastnye sume kalah. tu la nak sgt memenangkan orang lain, kolej sendiri x de perwakilan. PADAN MUKA KORUNK!!!. ana juz nak mengucapkan tanhiah coz menjadi pasukan sorak terbaik PRK kali ni.

    kepada sume MPP yang dilantik di seluruh IPTA, jalankan amanah yang diberi dengan setulus ikhlas. jgn memperbykkan budaya hedonisme di IPTA. Univerisiti adalah pusat ilmiah bukan pusat hiburan. antum akan dipersoalkan di akhirat kelak atas ape yang antum buat pada masa hadapan.

sekian

”MAHASISWA MENERAJUI KEMPIMPINAN MASA HADAPAN”