Seluar Jeans..
Wednesday, January 30th, 2008Dengan Nama Allah Yang Maha Pmeurah Lagi Maha Mengasihani…
Alhamdulillah, segala syukur ana rafa’kan kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang dikurniakan. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana kesusahan dan ketabahan baginda menyampaikan dakwah islamiah telah menyebabkan kita ditakdikran bernasib baik dilahirkan dalam keluarga Islam walaupun kadang kala kita lupe akan takdir tersebut.
Syahdan, sebenarnya ana dah ade blog baru sejak November tahun lepas . Adelah tempatnya. sape yang tau nama ana di internet, insya-Allah jumpala blog tu.Dan ana menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan. Selain dari mempertingkat penguasaan Bahasa Inggeris ana, ana juga membuat projek duit kat blog tu. so, sesapa yg ade blog same cam ana, boleh join sekali. So, blog friendster ana jarang gune, cume untuk menyampaikan hukum fekah yang tidak diketahui umum.
Dulu, ana terbaca dalam majalah, sewaktu Dr Asri menjadi pensyarah di USM, beliau x kisah kalau studentnye pakai seluar jeans. Tp ana x igt lakz kalau perempuan yang pakai. waktu kat matrik dulu pun, ustaz Suhaimi pun ade gak cakp psl hukum memakai seluar jeans nih, terutamanya perempuan. boleh dikatakan ramai gak yang pakai, dan sepanjang pemerhatian ana terutama kat universiti, kebanyakan perempuan yang memakai seluar jeans nih, sume ketat2 belaka.(ye la, ana ni kan seorang lelaki biasa je..). Ana cume ditakdirkan x suke memakai seluar nih, cume seluar cargo je (ala, seluar kocek byk tu..)
Kekadang bile cek2 balik, yang memakai seluar jeans ni, student sekolah agame pun ade jugak. sedih ana (x de la sedih…hehe). Walaubagaimanapun ana cube la gak nak menerima dengan seadanya. x leh cakap byk2, nanti ade org terasa lakz(cakap org lain, org lain yang terasa). nanti kene kondem baik kang. Cume ana nak mengingatkan diri ana dan antum sume yang kita ditakdirkan Allah untuk belajar di sekolah agama kerana kita adalah yang terpilih untuk merealisasikan tema ”MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
Ana teringat sape cakap tah, kat Arab Saudi, perempuan yang memakai seluar jeans dicop sebagai pelacur. Betul ke ar? Sampai tahap budaya sebegitu hebat. Malaysia yang negara Islam contoh(kononnye) pun x de camtu.
Salah ke pakai seluar jeans? perlu ke ana jwb soalan nih? ana x nak ckp byk la. Antum sume sudah bijak membuat penilaian. kalau tidak, masakan boleh masuk universiti kan? kalau nak pakai gak, carik la yang longgar sket. Maksud ana yang tak menampakkan tubuh badan (kaki sebenarnye) kita.
Maka, ambillah segala kata-kata ana sekiranya ada manfaat dan tinggalkan kata-kata ana ni sekiranya mengundang kebencian dan permusuhan. Ana sebagai insan yang lemah lagi hina ini memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang terasa sewaktu membaca blog ni.
Jam dah kul 2.45 ptg. Sebenarnya ana janji ngan exco jaksa kerohanian KIY nak bagi borang pertandingan nasyid kat KTHO kul 2.30 ptg. Takat ni je la ek? Sekian
Assalamu’alaikum…….