Archive for March, 2008

Bersifat AMANAHlah Sahabatku..

Monday, March 31st, 2008

Dengan Nama ALLLAH yang maha pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kita hanya dan hanya kepada ALLAH swt. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para pengikutnya dalam usaha mereka menyebarkan ISLAM di muka bumi ALLAH ini.

Wahai Sahabatku, apabila antum telah dilantik untuk memegang sesuatu jawatan atau urusan. Maka hendaklah antum bersifat amanah. Sifat amanah adalah sifat yang paling berat untuk diamalkan. dan ketahuilah telah banyak pemimpin yang telah dihumban ke neraka Allah swt kerana tidak melaksanakan amanah dengan sempurna.

Janganlah kiranya sesudah kita memegang amanah, maka kita menganggap yang kita mempunyai hak terhadap harta yang kita jaga. Ingatlah sahabatku, kebanyakan pemimpin yang HAPRAK adalah pemimpin yang menyalahgunakan harta yang diamanahkan untuk kegunaan sendiri ataupun kroni mereka sendiri. Ingatlah akan peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terlalu amanah sehingga lampu milik kerajaan dipadamkan sewaktu anaknya ingin membicarakan hal keluarga.

wahai pemegang-pemegang amanah, janganlah antum gentar sekiranya antum dipaksa, dikeras, atau sebagainya oleh orang lain untuk menyalahgunakan kuasa dan harta yang diamanahkan kepada antum. Mempertahankan hak yang sepatutnya antum dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, antum adalah sebaik-baik orang yang menjaga amanah.

wahai sahabatku, ana memohon seribu kemaafan sekiranya kata-kata ana di atas mengundang perasaan benci dan dendam. Dan ana memohon seribu kemaafaan sekiranya ana tidak berlaku amanah dan bertindak mengikut amanah sehingga menimbulkan kebencian antum semua.

sekian, Assalamu’alaikum…   

Doa: Antara Sunnah, Adat, dan Protokol

Sunday, March 2nd, 2008

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

    Pertama dan selama-lamanya, marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kita hanya dan hanya kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selawat dan salam atas junjungan besar rasulullah s.a.w dan para sahabat,tabien, dan tabi’ tabien, para pendakwah atas segala susah payah mereka semua yang menyebarkan ISLAM di muka bumi ini.

    Syahdan, sejak ana mula menuntut ilmu di kmpk hinggalah di UKM, dapat dilihat kebanyakan program yang disertakan bacaan doa. Maka ana mengandaikan bahawa bacaan doa ini adalah sebagai satu wadah untuk mendpt keberkatan Illahi.

    Namun bile difikirkan semula, apakah tujuan doa tersebut diadakan? SUNNAH? ADAT? ataupun PROTOKOL? Mari kita (ana sebenarnye) huraikan satu persatu.

    Memang terdapat Sunnah yang Nabi membaca doa sebelum dan atau melakukan sesuatu. Bermula dari bangun bagi hinggalah kita tidur semula. Namun ada pendapat(ade dalil) yang mengatakan doa secara berjemaah adalah tidak menepati sunnah terutama doa selepas solat berjemaah. Namun terpulang kepada kita umat Islam untuk mengikut mana-mana aliran selagi berteraskan akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah.

    Namun ada ketika, kita membaca doa sekadar adat kita semata-mata. Maka, berlakulah beberapa perbuatan yang adakala sumbang di sisi ISLAM. Ana teringat satu ketika yang mana diadakan doa selamat untuk peserta sukan wanita acara Gimnastik dan Renang!! Ini tidak termasuk para jemaah yang mengaminkan doa yang terdiri dari mereka-mereka yang sedang tidak menutup aurat.  Maka apakah ada keberkatan dalam perbuatan tersebut? Ingin ana ingatkan diri sendiri dan antum sume yg perbuatan yang diniatkan selain Allah adalah SIA-SIA.

    Kalau kita lihat sebarang program di UKM ( universiti lain pun ade), x lengkp sesuatu majlis tanpa bacaan doa. Member ana kata itu protokol. kalau x de, maknanya menyalahi protokol. Maka sebarang program di UKM mesti diadakan bacaan doa walaupun program tersebut adalah program yang berteraskan hedonisme.  Ape hal kalau minta doa untuk keberkatan sedangkan program berteraskan kemaksiatan? Maka  bacaan doa  tadi, samalah tujuannye hanyalah sekdr adat semata-mata.

    Maka di sini, ana menasihati diri ana dan diri antum semua agar menginsafi tujuan dan asbab doa tersebut diadakan atau kelak kita akan dihina oleh Allah s.w.t atas perbuatan kita ini. Ambillah kata-kata ini sekiranya mendatangkan kebaikan dan tinggalkanlah sekiranya mengundang kemudaratan. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan apa yang buruk itu datang dari Allah jua, tetapi disandarkan kepada saya selaku hambaNya yang hina.
Sekian..
Assamu’alai