Asas Pengurusan Program
Tuesday, August 5th, 2008Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Syukur di hadrat Ilahi kerana dikurniakan ana nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan semua ahlinya dan para sahabatnya.
Syahdan, pada 3 Ogos 2008, sekitar jam 8.30 malam, telah berlangsungnya Majlis Ceramah Isra’ Mikraj. Majlis tersebut pertama kali diadakan di dataran K13D Kolej Ibrahim Yaakub sepanjang ana berada di KIY dan UKM. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Nabil Ahmad dari Kumpulan Far East. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan jayanya dengan kadar kehadiran sekitar 220 orang.
Dan disebalik program ini sebenarnya banyak baik dan buruknya. Ana tidak perlulah untuk memberitahu yang baik sebab yang baik itu perlulah diteruskan. Cuma yang tidak baik nilah yang ana nak bagitau antum untuk pengajaran kita semua.
Pertama sekali, tolonglah hormati idan pertimbang dea orang lain. Kebanyakan sahabat ana belum bersedia untuk menerima idea yang luar biasa daripada pemikiran normal manusia. Idea sebegini akan dianggap tidak sesuai dan akan merosakkan sesuatu program. Orang ini akan dianggap salah memberikan idea. Tapi taukah antum bahawa idea pelik ini sebenarnya memberikan keputusan yang mengkagumkan? sebagai contoh sewaktu perang Khandak, kaedah perang yang digunakan ialah dengan menggali parit. Ianya satu strategi yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa Arab sebelum ini. tetapi apakah keputusannya? Umat Islam menang dengan bantuan Allah.
Kedua, kurangkanlah karenah birokrasi. Ana tujukan khas buat mereka yang memegang jawatan paling tinggi dalam satu-satu institusi. Birokrasi hanya akan melambatkan sesuatu urusan dan menyusahkan orang bawahan. Kebanyakan yang ana nampak, pengurusan atas mahukan projek dijlankan dengan cepat tetapi kebanyakan punca kelewatan projek adalah dari pengurusan atasan juga.
Ketiga, Tolonglah jimat duit yang telah diperuntukkan kepada kita. Memang kita bayar yuran aktiviti setiap semester, tapi berapa banyak yang kita bayar? Semua pelajar membayar yuran. Jadi, tolong jangan membazir. Ana sebenarnya cukup kecewa sewaktu penyediaan jamuan program Isra’ Mikraj tempoh hari (ana ketua jamuan). Ana telah membuat belanjawan secukupnya untuk 250 orang, tetapi ada dua kepala lain yang membuat belanjawan untuk 300 orang. Akhirnya berlakulah pembaziran. Akan tetapi yang disalahkan ialah orang lain (termasuk analah sekali) sebab tidak memberi makanan sebanyak 2 bungkus seorang. Akhirnya ana tak taulah sama ada makanan itu habis dimakan orang ataupun dimakan tong sampah.
Ana ingat cukupla setakat tiga nasihat ana untuk antum sekalian. Ana tidak kata yang ana betul dan ana juga tidak mengatakan yang ana ini bersalah. Baik buruk itu semuanya datang dari Allah jua. Sekian.