Selamat Hari Raya!!
Sunday, September 28th, 2008Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabu Muhammad S.A.W dan para ahlinya dan sahabatnya.
Syahdan, berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa ( cam lagu raya lakz), maka bermulah syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Ana cuma nak peringatkan diri ana dan antum semua agar merebut peluang-peluang akhir di ramadhan kali ini. Manalah tahu jika ini ramadhan kita yang terakhir.
Insya-Allah, ana bersama keluarga akan beraya di Johor. bertolak malam ini. kemudian ana balik ke UKM pada hari Sabtu untuk menyambung pengajian ana lagi 3 minggu ( assignment x siap lagi nih).
Pada kesempatan ini, ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kepada seluruh umat islam di alam friendster ini. Ana juga memohon maaf atas segala kesilapan yang, sedang atau akan ana lakukan. Al-maklumlah, ana ini cuma insan biasa ( ayat familiar).
pada yang belum dapat testimonial raya dari ana, ana mintak maaf, masa ana hantar tadi, tinggal lagi 3 pages je lagi. pastu x leh hantar lagi dah. Mayb ana hantar selepas ana balik dari Johor kelak.
Sekian