Jangan meludah ke langit!!
Wednesday, October 22nd, 2008Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….
Alhamdulillah, ana sedang mengabiskan minggu kuliah ana yang terakhir. Projek pun dah banyak yang siap. Cume satu je lagi, kewangan antarabangsa. Insya-Allah esok ade presentation.
Kalau antum tengok tv, surat khabar atau ape2 media, mesti antum dapat lihat kenyataan dari mana-mana politikus melayu. X kisah la mengkritik ke, mengondem ke, beri nasihat ke, dan lain-lain. Tapi ana selalu perasan yang diorang ni cakap x serupa bikin. dengan kata lain diorang ni ibarat MELUDAH KE LANGIT.
dulu mase pilihan raya di Ijok, ad sekor beruk yang jelas perangainye kurang sket je dari beruk. Kempen x pakai topi keledar, melompat-lompat sewaktu penamaan calon. tp x lama lepas tue, die mengondem orang lain mengatakan orang-orang nie x mematuhi peraturan la, cam samseng la, dan entah ape-ape lagi…
same la mase ana sekolah kat Klang dulu. Senior suka la sangat membandingkan kitorang dengan batch diorang dulu. ‘kitorang dulu x pernah buat bende-benda camni’ kata sorang ni mase liqa muhasabah ( perhimpunan mencari kesalahan orang). tp batch diorang x de yang elok. sume tah hape2. yang ad sorang ni, mase kat Klang. peh! berapi-rapi die memperjuangkan bende-bende pelik kat sekolah tue. Tp alih2, ana jumpe kat UKM, pakai seluar pendek! so ape yang diorang bandingkan? ape yang die ni perjuangkan?
so, sebarang kenyataan seperti ‘kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita’ dan ‘kalau kita benci kat orang, orang akan benci kita’( ataupun ayat2 yang sewaktu dengannya), bukankah ayat itu x lebih ditujukan kepada orang yang mengatakannya? Ye la, cuba fikir, camne orang boleh sayangkan kita kalau kita x sayang kan orang. Camne orang boleh benci kita, kalau bukan kita yang bencikan orang? betul x?
So, fikir-fikirla, janganla antum (dan ana sekali) menyuruh atau melarang orang melakukan sesuatu, tapi last-lastnya, antum sendiri (atau ana) yg melakukan perkara yang sama. X kisah la orang x tahu ke, PRIVATE ke, tp pokoknya tetap sama.
Akhir kata, ana berdoa agar diri ana dan diri antum tidak terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Ana memohon maaf sekiranya ana menyinggung perasan sesape mase sedang membaca blog ini.
Sekian