Pasara Derivatif yang Menyakitkan Kepala
Thursday, January 15th, 2009Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha Mengasihani
adapun pada hari ini16 Januari 2009 telah berakhirlah minggu ke3 ana pada sem ini. Maka bermulalah satu lagi perjalanan hidup yang ana rase paling sukar kali ini.
Syahdan, seperti yang ana telah taip pada sem lepas, ana sedang mengambil pasaran derivatif. Apa itu pasaran derivatif? pasaran derivatif merujuk kepada aktivti forward, futures, dan opsyen. Ape bende pulak ketiga-tiga instrumen ni? carikla sendiri kat wikipedia.
kenapa ana x amik banking? Ana rasa rugi kalau amik banking. Untuk pengetahuan antum, industri perbankan adalah antara industri yang kerap membuang pekerja atas alasan kos operasi. Sape yang cakap yang bank ni kaya? bank ini kaya pasal antum mendepostikan duit antum kedalam bank mereka dan duit antum sume dilaburkan untuk menjana kekayaan bank tersebut. Dah tu yang antum dapat sebagai faedah (riba) atau profit paling tinggi pun 3 ringgit je.
adapun pasaran derivatif memang sukar. ana pun sebenarnya pada awalnya terfikir 10 kali sama ada utk mengambil subjek ini ataupun tidak. tapi sekrg ana teruskan jugak mengmbil subjek ni. sekrg ni pelajar melayu ad 4 org je dari 23 orang.
minggu ini kami diperkenalkan dengan pasaran derivatif di malaysia. antum boleh lihat di bursa Malaysia. Ade banyk perkara yang antum boleh tau mengenai pasaran derivatif.
latihan pertama yang baru dibuat adalah berkaitan dengan marking to market yang berkaitan dengan aktiviti long dan short ( cari sendiri apa maksudnya). walaupun guna excel, tp dah cukup utk menyakitkan kepala ana ni. Mujurlah baru siap selepas beberapa perbincangan dgn rakan ana.
Sekadar untuk pengetahuan antum, pasaran derivatif telah diisytiharkan HARAM oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. sebab tu banyak syarikat tidak menjalankan aktiviti ini. Broker yang menjalankan xtvt ni pun tak banyak.
Insya-Allah, ana dan rakan-rakan ana akan terus mengambil subjek ini sebagai subjek semester ni…..