Final Semester!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Pertama sekali ana ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009 dan Tahun Baru Hijrah 1420 kepada semua orang ( x kan la beruk pulak?) di alam friendster ini. Semoga ke2-2 tahun ini memberikan antum sume sinar harapan yang lebih baik dari tahun lepas…

Syahdan, setelah mendapat result yg teruk pada semester lepas ( nak menangis rasenye…), maka tinggallah semester akhir ana pada tahun ini. Tak taulah camne nak backup balik pointer semester ini. Bukan ana sorang, hampir sume student finance mengalami masalah yg sama.

Adapun pada semester ini, ana mengambil sebanyak 18 jam kredit. Seperti biasa 6 subjek. Pengantar Insurans, Pasaran Derivatif ( subjek paling susah dalam majoring finance, terpaksa amik coz dah x pilihan), Asas Pelaburan, Psikologi untuk Golongan Profesional, Etika dan Tanggungjawab Perniagaan , dan juga Asas Pengurusan Kualiti.

Ape2 pun, marilah kita bersama-sama mengharungi semester akhir ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran ( bagi yang semester akhir la….)

Assalamu’alaikum…..

Leave a Reply