Perak and the problems…
Monday, February 16th, 2009Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Setelah hampir sebulan krisis di Perak, barula hari ini ana membuat analisis secara ilmiah(ye ke?).
Pada musim pilihanraya yang lepas, umum mengetahui bahawa PAS memiliki hanya 6 kerusi dun berbanding pakatan rakyat. tapi yang dapat menjadi MB adun kawasan ana Datuk Seri Ir(camne nak sebut Ir ni r?) Muhamad Nizar.
Sebenarnya pemilihan MB dah dipersetujui pada sekitar jam 3pagi sewaktu pilihan raya. DAP negeri Perak memang sudah mengetahui yang mereka tidak dapat menjadi MB disebabkan oleh undang-undang tubuh negeri yang mengkendaki MB mesti seorang melayu beragama Islam. PKR pula menyatakan yang mereka tiada orang yang berkelayakan disebabkan tahap pendidikan yang rendah iaitu setakat SPM.
Adapun Lim Kit Siang sebenarnya tidak mengetahui akan kewujudan undang-undang tersebut. Sebab tu die x puas hati. Tp selepas mengetahui kewujudan undang-undang tersebut, beliau memohon maaf.
Maka sewaktu YB-YB berhasrat untuk menemui Raja Muda Nazrin pada jam 4 petang. Dua orang ahli PKR datang menemui Raja Nazrin pada jam 2 petang kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Nak tau sape 2 orang tue? YB Changkat Jering dan Behrang!! Sebenarnya kedua-dua YB ni kempunan nak jadi MB!! YB jelapang yang keluar PR pun pasal kempunan jawatan tinggi. Akhirnya yang dapat jadi MB Muhamad Nizar jugak…
Pentadbiran beliau memang cukup kontrovesi. Maka ana cuba la sket menjelaskan beberapa masalah tersebut:
Tanah kepada Kampung baru dan Kampung tersusun:
Ana x faham kenapa tanah 1 lot x boleh diberikan kepada rakyat sedangkan pada masa yang sama berjuta lot boleh diberikan kepada orang kaya. Tanah kat Genting Highland tu, sape yang punye? Sape yang bagi? Tanah kat Johor, lebih 70% milik Cina Singapura, sape yang bagi?
Boneka DAP dan Cina
Amno dan tivi tiga suku mengatakan demikian disebabkan exco sorang je Melayu. Tapi kalau ramai exco Melayu pun tapi jadi hamba Cina pun ape gunenya? Berapa banyak keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN untuk memenuhi perut orang Cina? Tau tak ad beratus-ratus tanah lot di Kampar diberikan kepada sorang ahli MCA tanpa sebarang mesyuarat? Korang x kan tau kalau korang baca Berita Hairan, Utusan Meloya dan media proksi Amno!!
Derhaka
Sejak bile pulak Amno ni perjuangkan institusi raja Melayu? cuba jawab? Sape yang kata ‘Natang’ kat Sultan Terengganu mase pemilihan MB Terengganu? Sape yang menghapuskan imuniti terhadap raja Melayu? Mase Standard Chartered menyaman Yamtuan Negeri Sembilan, ada ke diorang ni mempertahankan Raja Melayu? Pirah!!!
Susah nak perjuangkan Islam?
Korang tau tak pentadbiran Islam adalah kuasa Sultan. Maka ape yang susahnye? Ape aktiviti berteraskan Islam yang tak dapat dijalankan sewaktu PR Perak memerintah? Cuba bagitau!!
Ape yang penting, jangan sesekali MELUDAH KE LANGIT!!. Politik Melayu memang bermasalah. Bak kata sorang ni dalam Mastika, politik Malaysia LEBIH TERUK DARIPADA BA**.
Maka marilah kita bersama-sama menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai status kerajaan HARAM negeri Perak di bawah YB Pangkor.
Sekian…