Apabila masjid dibina oleh bukan islam…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Syahdan, ana telah pun seminggu kembali ke UKM. Minggu ke 5 berjalan lancar dengan pelbagai subjek, mesyuarat yang menarik. Segala pujian bagi Allah atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya.

Sekarang ni di Seri Manjung, sedang berjalan pembesaran masjid daerah Manjung yang dijangka tamat pada bulan Mei ini. Insya-Allah kami penduduk kawasan daerah Seri Manjung dapat menggunakan masjid ini pada bulan Jun.

untuk pengetahuan pembaca blog ana sekalian, masjid tersebut telah terdiri dari sumbangan orang ramai sekitar RM300 ribu. Tapi yang mantapnya tertera papan tanda seperti ini:”Satu lagi projek kerajaan barisan nasional”. Memanglah kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM1.5juta (tu pun selepas merayu kerana pada asalnya peruntukan hanyalah sebanyak RM500 ribu) tp adakah itu bermaksud projek itu adalah projek kerajaan? Fikir sendiri la…

Lagi satu yang ana memang tak puas hati adalah kerana masjid ini dibina oleh bukan islam. kontraktornya memang Islam tapi pekerjanya adalah bukan islam. Adakah masjid ini dibina kerana Allah atau kerana duit? Masjid seperti inilah yang kurang ‘feel’ kerana dibina oleh ‘penyembah berhala’. Ana terbaca dalam satu majalah yang mana ada satu masjid di Turki yang khalifah Islam ketika itu mewajibkan wudhu sebelum membina masjid. Alangkah mulianya tindakan ini. Mampukah pemimpin kita sebegini rupa? Jawab sendiri la soalan ni…

Akhir kata dari ana, kepada kontraktor yang mendapat kontrak membina masjid atau surau, lakukan tugas kerana Allah bukan kerana duit. Hati-hatilah memilih pekerja kerana masjid adalah rumah Allah. Kepada pemimpin, jangan kedekut memberikan peruntukan besar untuk masjid…

Sekian

One Response to “Apabila masjid dibina oleh bukan islam…”

  1. caomengde Says:

    BN memaglah macam tur lagi mahu tanyer ish

Leave a Reply