Sekadar Meluahkan Perasaan

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha mengasihani.

Syahdan, maka bulan ni telah berlakulah pelbagai aktiviti yang ana kene datang, kene jalankan dan pelbagai lagi…

Kelmarin dan semalam (21&22 Mac) telah berlangsunglah Kebolehpasaran pelajar anjuran…(dah lupe la). Sebenarnya malas nak pegi. Tapi pegi jugakla. Aktiviti yang menarik tetapi dengan sedikit kehadiran dari pelajar. Nak salahkan sape? Universiti? atau pelajar itu sendiri? dua-dua salah!

Salah universiti sebab tidak mengambilkira student dari FPI dan FPEND. Ye la, boleh ke student dari Fakulti ni mendapat peluang pekerjaan? Tapi diorang masih boleh mendapat input yang menarik dari penceramah tersebut.

Salah pelajar sebab x menghargai ape yang telah ditawarkan oleh Universiti. Penceramah telah memberikan pelbagai input yang baik untuk pelajar. Cube bayangkan kalau 200 orang je kehadiran sedangkan pelajar tahun akhir adalah sebanyak 5000. Lepas tu, kalau x dapat pekerjaan, kita menyalahkan universiti. Syarikat pun menyalahkan universiti sebab x ajar student. Hakikatnya salah sape sebenarnye?

Sebenarnya ape yang paling penting adalah SIKAP (ATTITUDE) kita. Sikap kita menentukan apa yang kita akan tentukan. Kalau kita x perbaiki sikap kita, kita akan bermasalah pada masa hadapan. Berapa banyak pekerja yang IQ tinggi tapi lemah EQ dan SQnya.

EQ dan SQ akan menentukan hidup kita sama ada baik atau bermasalah. Bagaimana nak meningktkan EQ dan SQ kita ni? tu terpulang kepada kita sebenarnya. Banyak kaedah sebenarnya. Cari sendiri la. Kalau ana taipkan panjang pulak post ni.

So, nasihat ana, bersama-samalah kita memperbaiki sikap kita agar kita ni bergune untuk masyarakat. Sekian.

Leave a Reply