Untuk yang lupe
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Pada kali ini ana nak meluahkan perasaan ana terhadap pihak-pihak tertentu di UKM ni. Bukannya pihak pengurusan tetapi pelajar. Senang kata persatuan pelajar yang memperjuangkan ISLAM di UKM ni.( x perlu la ana sebut siapa)
Pertama sekali, ade sesetengah pelajar yang menganggap kolej tidak lebih dari tempat tidur semata-mata. Ana ingat sorang dua ni, muka die ni, solat jemaah kat surau pun x pernah apatah lagi nak nampak kat foyer. Alasan yang paling bodoh sekali: SIBUK.Terus terang cakap diorang ni memang x aktif langsung kat kolej kitorang.
Kitorang dak surau wat program x pernah muka2 ni hadir untuk memberi sokongan. Tapi diorang ni melenting kalau ramai orang x datang program yang persatuan diorang anjurkan. Mase kolej buat Temasya Highlander, barulah nampak muka diorang dengan muka x puas hati sebab program tersebut banyak program maksiat dan hedonisme.
Masa pilihan raya sesi lepas, barulah nampak muka diorang. Time tu baru ngaku student kolej. Ye la, nak dapat pencalonan dari student kolej. Pastu selepas pilihan raya, muka diorang memang x kan dapat dijumpai.
Akhirnya, masa permohonan kolej, diorang ni x dapat. Ade sorang ni, ( calon UMUM (kalau x silap) dari FPI) melenting sebab x dapat kolej. Die ni cakap kolej niĀ x adil la, berat sebelah la padahal salah die sendiri tak aktif kolej. Ape ko ingat kolej ni rumah kau ke?
Diorang ni mengharapkan akademik diorang semata-mata. Ana rase memang padan la diorang kene buang kolej sesi lepas. Orang camni tak layak duduk kolej. pergi merempat kat mana-mana rumah sewa lagi bagus.
Hari jumaat hari tu, selepas solat, mereka berkumpul menjerit-jerit membantah program hedonisme yang dianjurkan oleh kolej. Tiap-tiap tahun camtu tapi x de penyelesaiannye. Pasal pe? diorang x pernah jumpe pihak pengurusan untuk berbincang. kalu sudah berbincang dan pihak pengurusan x mahu berubah, bukankah itu kita sudah menyelesaikan tanggungjawab kita? Yang paling senang ialah: JANGAN PERGI KE PROGRAM TERSEBUT!!
tu je la. Fikir-fikirkan. Sekian.