Archive for May, 2009

Pekerja Asrama yang malas…

Monday, May 18th, 2009

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihanii…

Seperti yang ana taip pada entry yang lepas, ana telah menghadiri KAKS di Pahang.

Selepas ana mengesahkan kehadiran ana untuk Program tersebut, ana pegi ke pejabat KIY untuk meminta kebenaran untuk cek out lambat, iaitu pada Hari Khamis.

Ana diminta untuk bertanyakan seorang Pekerja Asrama iaitu En. H. Sewaktu ana sedang bertanya, die ni sendang menggatal dengan sorang student FEP. Jawapan die lebih kurang macam ni:

”Ei, tak boleh. Nak gune.Blok mane?”

Blok mane? die tanya ana. ”Blok P,”"

”tak boleh, nak gune,”

Maka ana pun menyimpan dalam stor secara haram dengan andaian masa ana balik ni, boleh la nak buka stor tu…

Alkisahnya, sampai je ana kat kolej [pada hari Rabu, ana tengok blok ana tidak digunakan. tak sakit hati ke?

Untuk pengetahuan pembaca, En. H ni memang PEMALAS, dan KAKI PEREMPUAN. Kitorang selalu nampak die ni menggatal dengan perempuan. Tak kira la, pelajar, felo, sume dia layan. So, korang (teruramanya perempuan)berhati-hati la dengan ni. Kalau perempuan mintak mesti cepat lulus (bagus la bagi sape yang terer).

Member ana cite, di nak sewa seminggu kat bilik die. Pengurus Asrama kata ok je. Tapi die ni punye malas, die kata susah sebab SUSAH NAK BUAT KOTAK. tak ke BANGANG ( ana ulang, BANGANG) die ni. Ko tekan kekunci TAB keluar la kotak baru.

Ana betul-betul bengang kat die ni, dah la stor x leh buka. So pakaian ana sekarang adalah pakaian yang ana bawak pegi Pahang hari tu. Wayar komputer ana dalam stor, jadi ana telah tertinggal 2 episod Naruto. Sepanjang cuti ni ana mungkin akan tertinggal sebanyak 9 episod (banyak tu, sempat ke nak download?).

So, sesape student KIY yang sudi membuat petisyen memberhentikan die, ana akan tandatangan. Buat pe orang macam ni. Jadi sampah masyarakat lagi bagus la. x de perkataan yang lebih sesuai untuk die melainkan ”BAB1”!!..

First time to Pahang!!

Monday, May 18th, 2009

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Pada hari Khamis sekitar jam 6 petang, ana telah dihubungi oleh Pembantu Penyelidik En. Radzuan (pensyarah Perniagaan Antarabangsa) untuk menyertai Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di Pahang pada hari esoknya jam 2.30 ptg.

Pada mulanya, ana tak pegi, apatah lagi pada pagi jumaat itu ana akan menduduki exam terakhir ana, subjek Pelaburan. akan tetapi, selepas ana menamatkan peperiksaan ana pada jam 11pg, ana teus ke fakulti untuk menanyakan permasalahan ana ini kepada en. Radzuan. Beliau menghantar surat kepada Pusat Perkembangan Pendidikan agar cek out ana dilambatkan…

Adapun tempat kursus itu adalah di Tekam Plantation Resort, Jerantut, Pahang. Sepanjang program itu, tujuannya cuma satu. Membuat Perancangan Perniagaan. Tetapi kitorang cume membuatnya pada malam terakhir. Tu pun ana tumbang 2-3 kali. ye la, dah mengantuk gila babi ( bukan selesema babi).

Bagi ana, tempat tu menarik, line telefon pun clear. So, sesape yang nak wat program, boleh la gi sana.

Selepas tamat program, kitorang pun balik. dalam bas tu, aku tidur je la. letih siot….

My study end!!

Monday, May 18th, 2009

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha mengasihani….

Alhamdulillah, ana telah menamatkan pengajian ana di UKM ni. Dengan Berakhirnya peperiksaan Pelaburan pada hari Jumaat 8/5/2009, maka dengan rasminya ana telah menamatkan pengajian ana di UKM sepanjang tiga tahun ini.

Sepanjang, ana hidup di UKM ni, banyak cabaran, senang, susah dan sebagainya yang telah ana lalui. Segala pahit manis akan dikenang sebagai salah satu dari cabaran hidup ana.

Pada kesempatan ini, ana mengucapkan selamat tinggal (Isk, isk) kepada sume rakan-rakan ana yang bersama-sama menghabiskan tempoh pengajian bersama ana. Bak kata pepetah, kalau berpisah tak semetinya berpisah selamanya.(sape punye petatah aku amik ni?)

Akhir kata, selamat maju jaya dan nanti kita ambil gambar sama-sama sewaktu konvo..

salam….