First time to Pahang!!

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Pada hari Khamis sekitar jam 6 petang, ana telah dihubungi oleh Pembantu Penyelidik En. Radzuan (pensyarah Perniagaan Antarabangsa) untuk menyertai Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) di Pahang pada hari esoknya jam 2.30 ptg.

Pada mulanya, ana tak pegi, apatah lagi pada pagi jumaat itu ana akan menduduki exam terakhir ana, subjek Pelaburan. akan tetapi, selepas ana menamatkan peperiksaan ana pada jam 11pg, ana teus ke fakulti untuk menanyakan permasalahan ana ini kepada en. Radzuan. Beliau menghantar surat kepada Pusat Perkembangan Pendidikan agar cek out ana dilambatkan…

Adapun tempat kursus itu adalah di Tekam Plantation Resort, Jerantut, Pahang. Sepanjang program itu, tujuannya cuma satu. Membuat Perancangan Perniagaan. Tetapi kitorang cume membuatnya pada malam terakhir. Tu pun ana tumbang 2-3 kali. ye la, dah mengantuk gila babi ( bukan selesema babi).

Bagi ana, tempat tu menarik, line telefon pun clear. So, sesape yang nak wat program, boleh la gi sana.

Selepas tamat program, kitorang pun balik. dalam bas tu, aku tidur je la. letih siot….

Leave a Reply