My study end!!
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha mengasihani….
Alhamdulillah, ana telah menamatkan pengajian ana di UKM ni. Dengan Berakhirnya peperiksaan Pelaburan pada hari Jumaat 8/5/2009, maka dengan rasminya ana telah menamatkan pengajian ana di UKM sepanjang tiga tahun ini.
Sepanjang, ana hidup di UKM ni, banyak cabaran, senang, susah dan sebagainya yang telah ana lalui. Segala pahit manis akan dikenang sebagai salah satu dari cabaran hidup ana.
Pada kesempatan ini, ana mengucapkan selamat tinggal (Isk, isk) kepada sume rakan-rakan ana yang bersama-sama menghabiskan tempoh pengajian bersama ana. Bak kata pepetah, kalau berpisah tak semetinya berpisah selamanya.(sape punye petatah aku amik ni?)
Akhir kata, selamat maju jaya dan nanti kita ambil gambar sama-sama sewaktu konvo..
salam….