Pemandu Bas RapidKL
Tuesday, June 9th, 2009Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Pada 5 Jun 2009, ana dan rakan ana berhasrat untuk mengunjungi Pameran SMIDEX di KLCC. Sebenarnya ana terfikir beberapa kali sama ada mahu pergi atau tidak. Program tu abis jam 6 ptg. Nak naik bas ke atau komuter, dan berbagai yang bermain di fikiran….
Akhirnya selepas solat Jumaat, ana pun bersetuju untuk pergi dengan menaiki bas. Sebenarnya ana memang x suke naik bas nak ke KL coz jalan memang sesak tapi pergi juga naik bas….
Pada jam 2.30 petang, ada bas yang mula bertolak. Ana dan kawan ana nak naik, tetapi pemandu bas ni marah-marah tak tentu pasal.”TAK DE DUIT KECIK. PEGI LA TUKAR!!”. Akhirnya kami naik bas kul 3 ptg.
Kalau orang camni la yang memandu bas, ana x rasa pelik kalau RapidKL boleh bankrup satu hari nanti. Ana harapkan pengurusan RapidKL mampu menguruskan sumber manusia mereka dengan baik.
Ana rase yang menyebabkan syarikat bas Melayu bankrup adalah disebabkan oleh pemandu camni la. Kalau korunk x betul terpulang la..
So, kepada sume pekerja di seluruh Malaysia sama ada pekerja bawahan, pertengahan, mahupun atasan, bekerjalah dengan Ikhlas agar diredai Allah. Terapkan konsep Ihsan dalam diri anda (ana harap anda masih ingat maksud ihsan).
Sekian