Exam dah tamat!!

November 12th, 2008 by madidlife

Akhirnya, pada hari ini 13/11/2008 ana telah menghabiskan peperiksaan terakhir ana.

Berikut adalah jadual exam ana:

3/11 : Pengurusan Strategik at 12pm

4/11: Kewangan Antarabangsa at 15.30

11/11: Kewangan Korporat at 8.30 am n Kelakuan Organisasi at 15.30

12/11 : Statistik untuk Pengurusan at 15.30

13/11: Pasaran wang dan Modal.

Jadual exam tahun nie agak teruk. tambahan pulak tahun ni adalah tahun subjek major (bukan meja!). Sebaik amik 3 je, kalau amik 4, x ke nahas namenye?

Ana perasan yang subjek major ana agak susah untuk dijawab. Ana pun tak tau sama ada lebih suke exam dlm bentuk mengira ataupun dalam bentuk esei coz kedua-duanya memerlukan study yang mantap.

Ape pun, pada kesempatan ini, ana  mengucapkan selamat Menjalani Ibadah Peperiksaan kepada sume penuntut IPTA seluruh Malaysia. Sekian

Jangan meludah ke langit!!

October 22nd, 2008 by madidlife

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani….

Alhamdulillah, ana sedang mengabiskan minggu kuliah ana yang terakhir. Projek pun dah banyak yang siap. Cume satu je lagi, kewangan antarabangsa. Insya-Allah esok ade presentation.

Kalau antum tengok tv, surat khabar atau ape2 media, mesti antum dapat lihat kenyataan dari mana-mana politikus melayu. X kisah la mengkritik ke, mengondem ke, beri nasihat ke, dan lain-lain. Tapi ana selalu perasan yang diorang ni cakap x serupa bikin. dengan kata lain diorang ni ibarat MELUDAH KE LANGIT.

dulu mase pilihan raya di Ijok, ad sekor beruk yang jelas perangainye kurang sket je dari beruk. Kempen x pakai topi keledar, melompat-lompat sewaktu penamaan calon. tp x lama lepas tue, die mengondem orang lain mengatakan orang-orang nie x mematuhi peraturan la, cam samseng la, dan entah ape-ape lagi…

same la mase ana sekolah kat Klang dulu. Senior suka la sangat membandingkan kitorang dengan batch diorang dulu. ‘kitorang dulu x pernah buat bende-benda camni’ kata sorang ni mase liqa muhasabah ( perhimpunan mencari kesalahan orang). tp batch diorang x de yang elok. sume tah hape2. yang ad sorang ni, mase kat Klang. peh! berapi-rapi die memperjuangkan bende-bende pelik kat sekolah tue. Tp alih2, ana jumpe kat UKM, pakai seluar pendek! so ape yang diorang bandingkan? ape yang die ni perjuangkan?

so, sebarang kenyataan seperti ‘kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita’ dan ‘kalau kita benci kat orang, orang akan benci kita’( ataupun ayat2 yang sewaktu dengannya), bukankah ayat itu x lebih ditujukan kepada orang yang mengatakannya? Ye la, cuba fikir, camne orang boleh sayangkan kita kalau kita x sayang kan orang. Camne orang boleh benci kita, kalau bukan kita yang bencikan orang? betul x?

So, fikir-fikirla, janganla antum (dan ana sekali) menyuruh atau melarang orang melakukan sesuatu, tapi last-lastnya, antum sendiri (atau ana) yg melakukan perkara yang sama. X kisah la orang x tahu ke, PRIVATE ke, tp pokoknya tetap sama.

Akhir kata, ana berdoa agar diri ana dan diri antum tidak terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Ana memohon maaf sekiranya ana menyinggung perasan sesape mase sedang membaca blog ini.

Sekian

Selamat Hari Raya!!

September 28th, 2008 by madidlife

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabu Muhammad S.A.W dan para ahlinya dan sahabatnya.

Syahdan, berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa ( cam lagu raya lakz), maka bermulah syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Ana cuma nak peringatkan diri ana dan antum semua agar merebut peluang-peluang akhir di ramadhan kali ini. Manalah tahu jika ini ramadhan kita yang terakhir.

Insya-Allah, ana bersama keluarga akan beraya di Johor. bertolak malam ini. kemudian ana balik ke UKM pada hari Sabtu untuk menyambung pengajian ana lagi 3 minggu ( assignment x siap lagi nih).

Pada kesempatan ini, ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kepada seluruh umat islam di alam friendster ini. Ana juga memohon maaf atas segala kesilapan yang, sedang atau akan ana lakukan. Al-maklumlah, ana ini cuma insan biasa ( ayat familiar).

pada yang belum dapat testimonial raya dari ana, ana mintak maaf, masa ana hantar tadi, tinggal lagi 3 pages je lagi. pastu x leh hantar lagi dah. Mayb ana  hantar selepas ana balik dari Johor kelak.

Sekian

Selamat Berpuasa!!

September 1st, 2008 by madidlife

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Pertamanya marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kita hanya kepada ALLAH atas segala nikmat yang telah diberikan pada ketika kita syukur dan kufur(na’uzubillah) kepadaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan semua para ahlinya dan para sahabatNya.

Alhamdulillah, ana telah menyambut awal Ramadhan di rumah. kalau tak silap ana kali terakhir ana menyambut ramadhan di rumah adalah pada tahun 2004, tu pun bukak puasa di sekolah Klang.

Maka pada kesempatan ini, ana mengucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA kepada seluruh umat Islam di alam friendster ini. Cuma ana nak peringatkan diri ana ( dan antum kalau antum tak kondem ana balik) agar tidak membazir ( sewaktu berbuka puasa) tak meninggalkan solat, dan juga mengumpat ( lebih baik tak yah puasa).

Ana tak berhasrat nak taip panjang-panjang (taip kat CC kat umah, nanti bayar mahal). Akhir kata perbanyakkan amalan dan ibadat pada bulan yang suci ini.

Sekian.

Asas Pengurusan Program

August 5th, 2008 by madidlife

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Syukur di hadrat Ilahi kerana dikurniakan ana nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan semua ahlinya dan para sahabatnya.

Syahdan, pada 3 Ogos 2008, sekitar jam 8.30 malam, telah berlangsungnya Majlis Ceramah Isra’ Mikraj. Majlis tersebut pertama kali diadakan di dataran K13D Kolej Ibrahim Yaakub sepanjang ana berada di KIY dan UKM. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Nabil Ahmad dari Kumpulan Far East. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan jayanya dengan kadar kehadiran sekitar 220 orang.

Dan disebalik program ini sebenarnya banyak baik dan buruknya. Ana tidak perlulah untuk memberitahu yang baik sebab yang baik itu perlulah diteruskan. Cuma yang tidak baik nilah yang ana nak bagitau antum untuk pengajaran kita semua.

Pertama sekali, tolonglah hormati idan pertimbang dea orang lain. Kebanyakan sahabat ana belum bersedia untuk menerima idea yang luar biasa daripada pemikiran normal manusia. Idea sebegini akan dianggap tidak sesuai dan akan merosakkan sesuatu program. Orang ini akan dianggap salah memberikan idea. Tapi taukah antum bahawa idea pelik ini sebenarnya memberikan keputusan yang mengkagumkan? sebagai contoh sewaktu perang Khandak, kaedah perang yang digunakan ialah dengan menggali parit. Ianya satu strategi yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa Arab sebelum ini. tetapi apakah keputusannya? Umat Islam menang dengan bantuan Allah.

Kedua, kurangkanlah karenah birokrasi. Ana tujukan khas buat mereka yang memegang jawatan paling tinggi dalam satu-satu institusi. Birokrasi hanya akan melambatkan sesuatu urusan dan menyusahkan orang bawahan. Kebanyakan yang ana nampak, pengurusan atas mahukan projek dijlankan dengan cepat tetapi kebanyakan punca kelewatan projek adalah dari pengurusan atasan juga.

Ketiga, Tolonglah jimat duit yang telah diperuntukkan kepada kita. Memang kita bayar yuran aktiviti setiap semester, tapi berapa banyak yang kita bayar? Semua pelajar membayar yuran. Jadi, tolong jangan membazir. Ana sebenarnya cukup kecewa sewaktu penyediaan jamuan program Isra’ Mikraj tempoh hari (ana ketua jamuan). Ana telah membuat belanjawan secukupnya untuk 250 orang, tetapi ada dua kepala lain yang membuat belanjawan untuk 300 orang. Akhirnya berlakulah pembaziran. Akan tetapi yang disalahkan ialah orang lain (termasuk analah sekali) sebab tidak memberi makanan sebanyak 2 bungkus seorang. Akhirnya ana tak taulah sama ada makanan itu habis dimakan orang ataupun dimakan tong sampah.

Ana ingat cukupla setakat tiga nasihat ana untuk antum sekalian. Ana tidak kata yang ana betul dan ana juga tidak mengatakan yang ana ini bersalah. Baik buruk itu semuanya datang dari Allah jua. Sekian.

My Birthday

July 29th, 2008 by madidlife

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian hanya kepada Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.AW dan kepada ahlinya dan para sahabatnya.

Syahdan, pada tanggal hari Jumaat 18 Julai 2008, genaplah umur ana yang ke-21 ( dah layak utk mengundi). Maka ana mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak tertingga kepada deme-deme (slang Perak Pulak) yang sudi mengucapkan selamat atau testi ( atau ape2 yang sesuai) kepada ana terutamanya…(segan la pulak nak bagitau sape) yang tidak putus-putus mengucapkan sejak ana berada di UKM tahun satu lagi.

kalau tak silap 2 sms ( 1 dari famili dan…..(segan lagi la nak bagitau)) dan 12 testimonial ( ana bukannye feymous sgt). dan juga beberapa orang ( 2 orang je kalu x silap) yang baru tersedar yang hari jadi ana pun berlalu..

maka ana mengingatkan diri ana agar dan diri antum agar menginsafi kejadian diri sendiri dan mengingati pencipta kita. Ingatlah, tiada sape yang tau ajal maut kita, tiada sape yang kate kita hanya akan mati ketika tua, dan tiada siapa yang kata yang kita hanya akan mati di atas katil. fikir2kanlah ek?

dan ana mengingatkan diri ana sendiri agar memperbaiki diri ana ke arah yang lebih baik, tidak meninggalkan ilmu yang telah ana kutip sepanjang ana hidup di muka bumi ALLAH ini, serta mengurangkan sifat-sifat mazmumah dalam diri ana ini ( kalau peringatkan antum, nanti antum kondem ana balik).

Maka ambillah kata-kata ana ini sekiranya mendatangkan manfaat kepada antum dan tinggalkanlah kata-kata ana ini sekiranya mengundang permusuhan antara kita. segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari Allah jua tetapi disandarkan kepada ana selaku hamba yang hina..

sekiam. wasallam

3rd Year Started!!

July 9th, 2008 by madidlife

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan setinggi kesyukuran kita hanya kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para pengikutnya yang menyebarkan agama Allah di muka bumi ini…

Syahdan, adapun ana telah memulakan pengajian tahun ke tiga ana di sini. Alhamdulilah walaupun byk cabaran pada awl permualaan ( seperti x de duit), ana tabah menghadapi dugaan di sini.

Mula-mula ana ucapkan tahniah kepada pelajar tahun 1 kerana berjaya menempatkan diri antum di IPTA. Jadilah insan yang mampu memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat kelak.

pada semester ini, ana telah diberikan sebanyak 20 jam kredit. akan tetapi disebabkan ana mengambil major kewangan pada tahun ini. ana hanya mengambil 17 jam kredit je. ( 2 jam utk latihan industri). sebenarnya hati ni susah nak membuat keputusan. Nak amik penuh pun susah, x amik penuh pun susah. Tetapi ana telah menyerahkan diri ana ini kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan urusan pada masa hadapan.

akhir kata dari ana, selamat menjalani hidup pada semester ini.Semoga Allah memberi kemudahan dan kesenangan kepada antum sume…
sekian

Latihan Industri

July 4th, 2008 by madidlife

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

syahdan, sepanjang cuti ini, ana telah menjalani latihan industri di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd di Pengkalan TLDM, Lumut. Alhamdulilah, ana telah tamatkan latihan industri ana pada 3 Julai 2008. (4 Julai ana mintak cuti).

Adapun banyak jualah yang ana telah pelajari di sini. Thx bebanyak kat all staff yang membantu ana selama ni. Jasa antum sume ana tak lupakan..

ana ade la sket trivia sepanjang latihan industri nih..

datang paling lambat : kul 8.00 pagi pada 3 julai(sebaik x merah)

balik paling lambat : 6.00 petang pada 3 julai jugak (siap kene marah lagi)

pegi sendiri : 2 kali

pegi naik van (pasal hujan) : 2 kali

Elaun : RM 15 sehari (cuti x dapat la)

cuti diberikan : 4 hari ( sebulan 2 hari)

mintak cuti : 1 hari ( 03 Julai 2008)

makan paling mahal : RM4.80 ( amik air limau..tu yang mahal)

makan paling murah : RM2.00 (nasi ngan ayam je)

xtvt paling best : kursus motivasi ( ana  cabar antum, carikkan company yg boleh bagi kursus motivasi kat pelajar latihan industri)

student ukm : 2 orang ( termasuk ana la tu)

pada kesempatan ini, ana nasihatkan kepada pelajar perakaunan agar menjalani latihan industri di firma audit atau masa antum akan menjadi sia-sia.

5 Julai, ana akan kembali ke UKM utk menghabiskan 18 jam kredit tuk sem 1 nih..

pada kesempatan ini(berapa kali da..) ana mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia.

Assalamu’alaikum…

Penempatan Kolej: Apa faktor pemilihannya??

April 13th, 2008 by madidlife

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kita hanya dan hanya kepada ALLAH s.w.t atas segala taufik dan inayahNya dapat jua kita menghirup setiap udara yang diberikan olehNya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan para pengikutnya dalam usaha menyampaikan ISLAM hingga ke bumi Malaysia nih..

Syahdan, pada minggu lepas, telahlah dikeluarkan keputusan penempatan kolej di UKM nih. Alhamdulillah, ana telah berjaya ditempatkan di kolej yang sama KIY. Malangnya, terdapat di kalangan sahabat-sahabat ana yang tidak berjaya ditempatkan di KIY malah yang lebih malang ditempatkan di kolej lain.

Maka, ana terdengar yang tiga jaksa KIY, presiden, naib presiden, dan setiausaha yang terlibat dalam pemilihan penempatan kolej. Maka timbullah beberapa persoalan yang ana rasa mereka bertiga ni perlu menjawab dengan betul dan tepat tanpa dipengaruhi fahaman mana-mana pihak.

pertamanya, mereka-mereka yang tidak bertanding atas tiket ASPIRAHSI tidak ditempatkan di KIY. nampak sangat pemahaman politik yang terlalu rendah (x abis belaja agaknya). Ana x kisah la yang kene buang tu yang x aktif kolej (ade 2-3 orang yang x aktif) tp  yang  aktif  PPSM camne  boleh kene buang pulak?? ape kes? takut sangt ke KIY jadi pusat GM?

dah tu, ana rase sume yang menjadi ahli kelab ASPIRAHSI sume dapat kolej. menjadi ahli KELAB PALING MALAS di KIY boleh stay kolej? ape hal? dah la x aktif, xtvt orang lain pun,perasan die yg buat. tgk mase minggu pengenalan kolej. sume aktiviti kolej, diorang kata diorang yg buat. x caya?? diorang tayang xtvt cakna akademik di bawah bop, tanya bop ade ke buat kerjasama dengan kelab ASPIRAHSI? kalau dia cakap ye, nan igt antum la penipu..

pastu pulak, student fakulti pendidikan jurusan pendidikan islam dan pendidikan Al-Quran pun kene buang. ni satu lagi. Nak jadikan KIY ni pusat maksiat ke? mungkin la kot. Agaknya, Kalau diorang ni x de, senang la nak berkepit di KIY.  nak dating pun x sape  yang nak halang.  ye la  mase maulidur rasul hari tu, biro kerohanian adekan program, yang jaksa ni pulak berdating kat port lain. elok la tu. amalkan.

maka ana mengharapkan  agar  pengetua KIY bersifat telus dalam menyelesaikan masalah ni. Ana yakin dengan kepimpinan pengetua KIY sepanjang ana berada di KIY ni. Kepada yang dapat kolej, ana ucapkan tahniah. dan yang x dapat, buatlah surat rayuan. mana la tau dapat nanti.

tu je la. Ana mohon maaf atas kelancangan bahasa ana di atas.  Ana cume mempertahankan  ape yang ana rase patut ana pertahankan. sekian
Asslamu’alaikum…

Bersifat AMANAHlah Sahabatku..

March 31st, 2008 by madidlife

Dengan Nama ALLLAH yang maha pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pertama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kita hanya dan hanya kepada ALLAH swt. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para pengikutnya dalam usaha mereka menyebarkan ISLAM di muka bumi ALLAH ini.

Wahai Sahabatku, apabila antum telah dilantik untuk memegang sesuatu jawatan atau urusan. Maka hendaklah antum bersifat amanah. Sifat amanah adalah sifat yang paling berat untuk diamalkan. dan ketahuilah telah banyak pemimpin yang telah dihumban ke neraka Allah swt kerana tidak melaksanakan amanah dengan sempurna.

Janganlah kiranya sesudah kita memegang amanah, maka kita menganggap yang kita mempunyai hak terhadap harta yang kita jaga. Ingatlah sahabatku, kebanyakan pemimpin yang HAPRAK adalah pemimpin yang menyalahgunakan harta yang diamanahkan untuk kegunaan sendiri ataupun kroni mereka sendiri. Ingatlah akan peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terlalu amanah sehingga lampu milik kerajaan dipadamkan sewaktu anaknya ingin membicarakan hal keluarga.

wahai pemegang-pemegang amanah, janganlah antum gentar sekiranya antum dipaksa, dikeras, atau sebagainya oleh orang lain untuk menyalahgunakan kuasa dan harta yang diamanahkan kepada antum. Mempertahankan hak yang sepatutnya antum dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, antum adalah sebaik-baik orang yang menjaga amanah.

wahai sahabatku, ana memohon seribu kemaafan sekiranya kata-kata ana di atas mengundang perasaan benci dan dendam. Dan ana memohon seribu kemaafaan sekiranya ana tidak berlaku amanah dan bertindak mengikut amanah sehingga menimbulkan kebencian antum semua.

sekian, Assalamu’alaikum…